untitled

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengenalan - Perkhidmatan - Berita - Forum - Hubungi Kami

 

 

 

 

 

Perkhidmatan Kami :-

Pembekalan anak pokok gaharu yang bermutu baka cambodia & thailand

  Pembekalan Baja

Cucuk dan Ubat untuk penghasilan Gaharu

Khidmat nasihat tanaman gaharu

PEMBELIAN BALIK POKOK

PERLUKAN anak pokok GAHARU yang BERMUTU ?

Hubungi kami :-

Mohd Izuddin Mohamad

Tel. bimbit : -

012-3976719

Alamat Tapak Semaian :-

Lot 1317 Kubang Laka,

Kg Jenereh,

17000 Pasir Mas, Kelantan.

 

 

Pautan :-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GAHARU PELABURAN TERBAIK ANDA ....

 

nuaim corporation (m) sdn bhd

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PEMBEKAL ANAK POKOK GAHARU

BAKA THAILAND & CAMBODIA

012-3976719 (IZUDDIN)

Pengenalan - Perkhidmatan - Berita - Forum - Hubungi Kami

Gaharu Si Pokok Emas

Gaharu merupakan sejenis kayu berdamar yang amat wangi bila dibakar yang terhasil dari jenis pokok kayu yang digelar dengan nama Pokok Gaharu, Pokok Depu mahupun Pokok Karas. Nama saintifiknya Aquilaria dari family Thymelaecae dan terdapat 15 spesies dari genus Aquilaria. Di antaranya hanya lapan jenis sahaja yang ada menghasilkan gaharu, dan yang terbanyak adalah dari jenis Aquilaria Crassna , Aquilaria Malaccensis,  Aquilaria Agallocha and Aquilaria Sinensis.

Sejak dari zaman purba lagi gaharu telah digunakan dan digemari dan didagangkan dengan harga yang tinggi. Ia menjadi bahan utama dalam upacara keagamaan, perubatan dan bahan wangian. Bangsa Arab adalah antara pengguna terbesar dunia dan selainnya negara-negara seperti Jepun, Taiwan, Hong Kong, Cina, Eropah dan lain-lain lagi. Gaharu juga digunakan bagi menghasilkan pelbagai produk seperti minyak wangi, ubat-ubatan bagi rawatan kecantikan serta minuman dan lain-lain lagi.

Lain-lain nama bagi Gaharu mengikut negeri dan budaya adalah,

·         Chén-xiang dalam bahasa Cina and Jin-koh  dalam bahasa Jepun " bermasksd kayu yang tenggelam ("sinking incense")

·         Pokok Gaharu yang telah diprosess menjadi minyak digelar  Oud oleh bangsa Arab.

·         Di Eropah pula dikenali dengan nama  Lignum aquila (eagle-wood) or Agilawood, kerana rupanya seperti bulu burung helang

·         Nama lain yang tersebut dialam kitab-kitab agama kristian  Aloeswood.

·         Bagi negara Malaysia dan Indonesia dikenali dengan nama "gaharu".

·         Di Papua New Guinea digelar "ghara".

·         Di Vietnam pula dipanggil “tram huong”.

·         Di India pula dikenali sebagai "agar".

·         Di Laos dipanggil dengan nama "Mai Ketsana".

Permintaan dunia terhadap gaharu dan hasilan gaharu amatlah tinggi sekali  tetapi pengeluarannya semakin berkurangan kerana sumber Pokok Gaharu di hutan sudah mula pupus. Harga gaharu semakin meningkat pada setiap tahun. Harganya boleh mencecah sehingga RM 12 - 18 ribu sekilogram untuk gred Double Super. Malahan, harga pasaran untuk minyak gaharu juga amat tinggi iaitu sehingga RM 50 ribu sekilogram. (kaedah penggredan kualiti kayu dan minyak masih belum dipiawaikan dan ia hanya bergantung kepada penjual dan pembeli). Dari sumber (TRAFFIC International 2002) Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.

 

Copyright @ Mohd Izuddin Mohamad

gaharu_izuddin@yahoo.com (tel : 012-3976719)

 

 


Report Content · · Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com